CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 2, 2011

| Tutorial prinsip pengurusan operasi dan pengeluaran |



Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan operasi..?
-          Definisin sebagai pengeluar barang atau perkhidmatan. Fungsinya mengeluarkan perhubungan antara input dengan output yang bermaksud kuantiti muksimum sesuatu barang yang di keluarkan pada yang satu masa tertentu dengan mengunakan kombinasi input yang tertentu, pengurusan pengeluaran merujuk kepada satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai transformasi iaitu proses yang merupakan input menjadi autput dengan mengambil kira maklum balas dan perubahan daripada persekitran. Proses ini memerlukan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.




2.)  Bagaimana proses transformasi boleh membantu syarikat memperbaiki operasi..?
- proses transformasi adalah dianggap sebagai tidak statik kerana ia boleh dipengaruhi oleh dipengaruhi oleh persekitaran yang akan memberikan maklumbalas kepada syarikat. Oleh itu syarikat perlu peka kepada persekitaran supaya kawalan terhadap proses transformasi boleh dilakukan dan tredapat dua faktor yang mempengaruhi proses transformasi iaitu persekitaran dalaman. Persekitaran dalaman boleh didifinisikan sebagai faktor yang berada dalam syarikat sikap pekerja, suasana di syarikat dan peranan pihak pengurusan dimana faktor-faktor boleh disimpulkan sebagai budaya syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, pengguna, teknologi, sosial dan ekonomi. Syarikat perlu mengambil kira maklum balas daripada kedua-dua persekitaran tersebut supaya kecekapan dan kebebasan proses transformasi terdapat ditingkatkan.


3.)  Bincangkan proses tranformasi yang berlaku pada restoran dan syrikat komputer. Apakah persamaan dan perbezaan yang boleh di simpulkan.
persamaan
Perbezaan
Overhead
Bahan mentah
Upah buruh
Lokasi
Barangan
Perkhidmatan







4.) Berikan 5 perbezaan antara barangan dan perkhidmatan..??
Barangan
perkhidmatan
Bersifat nampak ( ketara )

Bersifat tidak ketara ( tidak nampak )
Boleh diinventorikan

Perkhidmatan tidak boleh diinventorikan 
Beberapa aspek kualiti boleh diukur

Kebayakkan aspek kuantiti sukar diukur daripada perkhidmatan.
Jualan adalah berbeza daripada pengeluaran

Jualan selalu sebahagian daripada perkhidmatan pengguna.
Lokasi penting untuk meminimumkan kos

Lokasi penting untuk perhubungan dengan pengguna.



5.)  Apa itu produk..??
- Produk adalah segala sesuatu yang ditawarkan kepada sesuatu untuk memenuhi keinginan dan keperluan. Segala sesuatu yang termasuk kedalam adalah barang yang wujud, perkhidmatan, tempat, organisasi idea ataupun kombinasi antara hal-hal yang baru saja disebutkan. Ada beberapa faktor penting yang wajib diperhatikan dalam menyusun strategi produk mereka. Faktor yang pertama adalah strategi pemilihan segmen pasaran yang pernah mereka tentukan sebelumnya, adapun  faktor-faktor kedua adalah maksud tentang siri produk dan pada tahap kombinasi prosduk secara keseluruhan, adapun faktor keempat adalah titik berat strategi pemasaran pada setiap kitaran produk.


6.) kenapa syarikat memerlukan pengurusan operasi.
- Kerana ia dapat menjamin kelancaran perancangan yang teliti dan kawalan terperinci serta sistematik untuk mengelakkan gangguan  atau masalah semasa proses pengeluaran  berlaku.Selain itu, ia juga memastikan sumber perniagaan di urus secara optima mengelakkan pembaziran dan mengurangkan kos.Pelaksanaan mengikut  spesifikasi  dan keperluan pengguna.Selain itu , dapat menghasilkan produk mengikut standard yang telah di tetapkan.
( Contoh : rekabentuk, warna, jenis, kualiti, harga dan lain-lain.)


7.) bincangkan koordinasi yang wujud antara operasi dan kewangan.
- Koordinasi yang wujud di antara operasi dan kewangan  adalah lebih berbentuk kawalan terhadap kos dan kewangan supaya jumlah pulangan yang menguntungkan diperolehi sejajar dengan modal yan dikeluarkan.Operasi lebih mementingkan penyelenggaraan strategi operasi untuk mengeluarkan output.Manakala kewangan pula lebih mengkhususkan kepada pemerhatian terhadap kos , keuntungan, pelaburan dan aliran dana syarika

8.) kepentingan pengurusan operasi kepada syarikat.
i. Pengurusan operasi merupakan salah satu aktiviti yang terpenting dalam struktur organisasi.
·         Iaitu berorientasikan keuntungan bagi memastikan kelicinan perjalanan perniagaan seperti, kewangan, pemasaran dan operasi .
ii.                  Pengurusan operasi bertanggungjawab mengurus strategi-strategi operasi bagi proses tranformasi.
·         Iaitu kepakaran-kepakaran dalam semua strategi operasi seperti pembelian bahan mentah, kawalan kualiti, reka bentuk dan proses kejuruteraan dan teknikal, penyenggaranan dan pengangkutan.
iii.                Pengurusan operasi diuruskan oleh seorang pengurus yang bertanggungjawab  mengendalikan unit-unit pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
·         Iaitu mengerahkan usaha pekerja untuk membantu syarikat mencapai matlamatnya dalam proses pengeluaran barangan.
iv.                Pengurusan operasi mempunyai kepentingan yang lebih berbanding aktiviti yang lain.
·         Iaitu operasi bertanggungjawab melaksanakan strategi operasi bagi mengeluarkan sesuatu barangan.



9.) Bagaimana faktor persekitaran mempengaruhi pengurusan operasi.
-          Terdapat dua jenis factor persekitaran yang mempengaruhi proses tranformasi iaitu persekitaran dalaman dan luaran.
·         Persekitaran dalaman boleh didefinisikan sebagai factor-faktor yang berada di dalam syarikat seperti sikap perkerja, suasana  di syarikat dan peranan pihak pengurusan dimana fakfor-faktor ini boleh di simpulkan sebagai budaya syarikat.
·         Persekitaran luaran pula merujuk kepada faktor-faktor di luar syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, pengguna, teknologi, social dan ekonomi.


10.) kenapa faktor pengurusan sebagai penyumbang utama kepada peningakatanproduktiviti berbanding faktor-faktor lain.
-          Memantapkan dan melicinkan hasil pengeluaran produk dan perkhidmatan.
-          Pengurusan juga boleh membantu dalam proses-proses pengeluaran  produk yang berkualiti.
-          Selain itu, faktor pengurusan juga dapat membantu untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan sesuatu produk yang dihasilkan termasuklah dari segi pengurusan bahan mentah, overhead dan buruh.






3 comments: